PENGENALAN

greenbism

 

 

Assalamulaikum,

Alhamdulillah, syukur pada Allah swt yang telah menciptakan kita semua, yang memberi rezeki, yang menyempurnakan segala keperluan dan hajat kita, yang menghidupkan dan pada suatu hari nanti pasti dan pasti Dia akan mematikan kita semua….Selawat serta salam buat junjungan kita Nabi saw, Sahabat-sahabat dan orang yang mengikutinya sehingga hari kiamat.

Masyallah syukur pada Allah swt. dengan taufiq dan hidayahNya dapat jugak saya buat blog ni..hehe..” baru belajo beb..idak le teman reti beno “. Tapi apa pun rasa seronok jugak, walaupun tak seberapa sempurna macam yang lain-lain tu, ada jugak blog sendiri..

Sebenarnya dah lama dah nak buat, tapi tak tau pun nak buat, ni main redah je lantak la janji ada. Insyallah nanti dah lama-lama tau la kan..?  Buat masa ni, ini je yang ada, insyallah akan diupdatekan dari masa ke semasa.

Buat pengetahuan semua nama saya Mohd Izhar Bin Mohd Zabri, boleh panggil Izhar je..Asal orang Perak. Kalau sebelah mak Taiping, sebelah ayah pulak Kampar. (“ate teman ni org Perak jati le”)..hehe..Ahh itu tak penting yang penting orang islam saudara dunia akhirat. Atas maksud tu la saya usahakan jugak untuk buat blog ni..Niat semata-mata kerana Allah swt dan untuk kita sama-sama ingat mengingati antara satu sama lain dalam pekara agama.

Sesungguhnya kehidupan dunia ni adalah kehidupan yang sementara dan suatu hari nanti kita semua akan bertemu dengan Allah swt. Jadi di dunia yang sementara ni, kita semua khususnya orang islam, kena usaha atas iman dan amal masing-masing supaya Allah swt redha pada kita dan seterusnya memasukkan kita ke dalam syurga yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan.

Kita juga sebagai orang islam perlu usaha macamana hari ini orang bukan islam dapat datang kepada islam. Allah swt hanya redha Islam sebagai agamaNya. Mafhum hadis Nabi saw : ” Barang siapa diakhir kalamnya dapat mengucapkan kalimah La ilaha illallah wajib syurga baginya “. Hari ini kita semua umat islam perlu menyambung usaha yang telah dibuat oleh Nabi saw yakni menyeru manusia kepada Allah swt, menyeru supaya manusia kenal kepada penciptanya dan pemeliharanya. Fikir Nabi saw bagaimana semua manusia islam atau belum islam, dapat selamat dari Azab Allah swt dan masuk syurga Allah swt.

Jadi atas kesempatan ini saya ingin menyeru diri saya dan kita semua untuk jadikan dunia ni sebagai jambatan untuk sampai ke akhirat…kita usaha sungguh-sungguh didunia ini untuk mencari redha Allah swt. Diharap semoga Allah swt akan memasukkan kita dikalangan orang-orang yang mentaati segala perintahNya dan meniggalkan segala laranganNya. Sekiranya ada kesilapan atau kesalahan diharap dapat ditegur .

Semoga kandungan blog ini dapat memberi ikhtibar kepada kita semua untuk dapat kita amal dan sampaikan kepada saudara kita yang lain…Amin Ya Rabbal A’alamin..

pssst : –  sekiranya ada artikel yang di fikirkan baik boleh la copy sebarkan pada      yang lain ye..yang tak baik jangan pulak diambik…dose teman nanti..hehe


8 Responses to “PENGENALAN”

  1. salam…
    Izha…sya suka dgn blok awak…harap dapat di terusjkan lagi…

    • Wa’alaikummussalam
      First skali trima kasih ye.. sbb sudi nak lawat blog saya yg tak seberapa ni. Maaf la buat masa ni sibuk sikit kat tempat keje..jadi xsempat nak update ..insyaAllah doakan la untuk saya supaya dapat teruskan..

  2. salam….

  3. Salam….

    Rasanya awak kenal kot siapa saya….
    Ingat x kak fauziah ada bagi gmbar saya kat awak….?

  4. ingat x kak Fauziah yang kerja kat HUKM….?
    Mb awak panggil dia ngan panggilan lain kot…
    Selamat berkenalan…..
    awak x de emial lain ke….?

  5. oh….tahu tapi x kenal…kenal ngan suami dia je..apa-apa boleh email kat saya ( mjazli@streamyx.com )

  6. assalam ~ saya masih lagi berstatus pelajar . . saya rasa trpanggil untuk mmbaca bl0g enta . alhamdulillah byk bnda yg ana boleh mnfaatkn dari sini .. syukran jazzilan … moga Allah juga mmpermudahkn urusan enta dlm bidang dakwah ini ~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: