YAKJUJ MAKJUJ

Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.

Jumlah mereka amat ramai iaitu 1 : 999 . bermaksud nisbah seorang manusia yg bertamadun bersamaan 999 Ya’juj dan Ma’juj. Tidaklah mustahil sekiranya mereka keluar drp tembok lalu mereka mendapati sebuah tasik ,mereka terus meminumnya sehingga habis kering kontang air di dlm tasik itu . sekiranya barisan hadapan mereka meminum air tasik tersebut maka air itu tidak dapat di minum oleh orang di barisan belakang mereka lalu mereka berkata ” dahulu tasik ini ada air tapi sekarang sudah kering.

Maksud hadis Rasulullah saw:

” Wahai Adam ,maka ia menjawab ” Aku penuhi panggilan Mu dengan segala kerendahan dan kebaikan hanya pada Mu .” Adakah sudah keluar Ba’thunnar ? Adam bertanya ? Apakah Ba’tthunnar itu ? . Allah menjawab ” setiap 1000 orang dia ada 999 orang ,apabila ia sudah keluar ,maka ketika itu anak kecil akan beruban dan setiap wanita hamil akan melahirkan dan engkau akan melihat manusia di dalam keadaan mabuk tetapi mereka tidak mabuk kerana azab Allah yg pedih .” Para sahabat bertanya . Ya Rasulallah yg manakah kami yg satu itu ? .Rasulallah manjawab ..bergembiralahlah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki diantara kamu adalah sama dengan 1000 orang Ya’juj dan Ma’ juj .

Keluarnya mereka umpama semut yg keluar drp sarang dari lubang tanah . Selain Ya’juj dan Ma’juj itu meminum apa- apa air yg dijumpainya ,mereka juga memakan haiwan -haiwan , tumbuh-tumbuhan dan juga manusia yg bertamadun itu . mereka memakannya tanpa perlu di masak ,mereka memakannya tanpa perlu di siang/lapah dan di potong-potong .

Maksud hadis Rasulullah s.a.w:

” La ilaha illa Allah , celakalah orang arab -orang Arab dari kejahatan-kejahatan yg mereka lakukan . pada hari ini hampir sahaja pembukaan dinding Ya’juj dan Ma”juj selesai seperti ini ” baginda s.a.w melingkari ibu jari dengan telunjuknya . Berkatalah Zainab bin Jahsyi : Wahai rasulallah apakah kita akan hancur sedangkan diantara kita terdapat orang yg soleh ? . Baginda menjawab ” Ya apabila sudah banyak terjadinya kemaksiatan ”

Maksud Hadis rasulallah yg lain .

” Dinding Yakjuj dan Makjuj akan terbuka ,maka mereka akan menyerang manusia ,sebagaimana firman Allah s.w.t . ” Dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yg tinggi ” ( Al Anbia : 99 ) Maka mereka akan menyerang manusia dan kaum muslimin berlarian dari mereka ke kota-kota dan benteng-benteng mereka . Kemudian mereka mengambil binatang-binatang ternakan bersama mereka .Sedangkan mereka ( Ya’juj dan Ma ‘juj ) meminum semua air di bumi sehingga apabila sebahagian mereka melewati sebuah sungai maka mereka pun meminum air sungai tersebut sampai kering dan ketika sebahagian yg lain dari mereka melewati sungai yg sudah kering tersebut,

maka mereka berkata dahulu pernah ada air di sini dan apabila tidak ada manusia yg tersisa kecuali seorang sahaja disebuah kota atau benteng maka berkatalah salah seorang dari mereka .Mereka-mereka penduduk bumi sudah kita musnahkan maka yg tertinggal adalah penduduk langit kemudian salah seorang dari mereka melemparkan tombak nya kelangit dan tombak tersebut kembali dengan berlumuran darah yg menunjukkan suatu bala dan fitnah maka tatkala mereka sedang asyik berbuat demikian Allah s.w.t . mengutus ulat ke bahu mereka seperti ulat belalang yg keluar dari kuduknya maka pada pagi hari ,mereka pun mati dan tidak terdengan satu nafas pun

setelah itu kaum muslimin berkata ” Apakah ada seorang lelaki yg mahu menjual dirinya untuk kami ( berani mati) untuk melihat apa yg sedang dilakukan oleh musuh kita ini .maka datanglah salah seorang dari mereka dengan perasaan menganggap bahawa mereka telah mati kemudian dia menemui bahawa mereka semua telah mati dlm keadaan sebahagian mereka di atas sebahagian yg lain berhimpitan ,

maka lelaki tersebut menyeru wahai semua kaum muslimin ,bergembiralah kamu sesungguhnya Allah s.w.t sendiri sudah membinasakan musuhnya maka merekapun keluar dr kota -kota dan benteng -benteng serta melepaskan ternakan -ternakan mereka ke padang-padang rumput , kemudian padang rumput tersebut dipenuhi oleh daging-daging binatang ternakan maka semua susu ternakan tersebut gemuk penuh seperti tunas pohon yg paling bagus yg tidak pernah dipotong .”

Ya’juj dan ma’juj adalah musuh manusia khususnya kaum muslimin . Manusia yg tidak sempat berlindung drp Ya’juj dan Ma’juj akan musnah di makan oleh mereka . Jumlah yg menjadi korban dikalangan manusia termasuk kaum muslimin terlalu ramai . Tidak semua kaum muslimin yg sempat bersama Nabi Isa a.s pergi ke Thur Sinai untuk mendapatkan perlindungan di situ . Kaum Muslimin yg tidak sempat mengikut Nabi Isa a.s pergi ke tempat-tempat yg difikirkan dapat menyelamatkan mereka daripada serangan Ya’juj dan Ma’juj itu .

Jumlah kaum muslimin yg dapat mengikut Nabi Isa a.s itu hanya seramai bilangan nabi iaitu seramai 124,000 orang termasuk lelaki dan wanita .

Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:

Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:

Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Maksud Hadis rasulallah s.a.w

” Yak’juj dan Ma’juj selalu menggali benteng mereka setiap hari ,sehingga bila telah kelihatan cahaya matahari berkata ketua mereka ,sudahlah ,kembalilah kamu pada keesokkan hari,Maka Allah mengembalikan benteng mereka itu seperti asal nya . sebagaimana keadaan sebelum ia digali . Pada keesokkan hari mereka menggali lagi .Maka apabila terlihat cahaya matahari maka berkatalah ketua mereka , kembalilah kamu dan kembalilah pada keesokkan hari , maka Allah mengembalikan benteng tersebut seperti sebelum ia di gali , maka apabila tiba saat mereka . Mereka menggali sehingga hampir kelihatan cahaya matahari lalu ketua mereka berkata ,kembalilah kamu dan datang lah lagi pada keesokkan harinya Insyaallah . Maka pada hari esoknya mereka kembali dan didapati benteng itu seperti keadaan semalam yg mereka gali . maka diteruskan sehingga mereka dapat keluar dari benteng tersebut . Maka mulalah mereka mengeringkan air di tempat yg mereka kunjungi dan menyebabkan manusia takut dan bersembunyi di tempat kubu-kubu mereka . Lalu Allah mengirimkan satu penyakit di leher mereka lalu matilah mereka”

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-

Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).

Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.

Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,

Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

~ by mu2akk1r on December 11, 2009.

4 Responses to “YAKJUJ MAKJUJ”

  1. tq mengongsikan ilmu…

  2. tkt bile bce artikel ni..moge ALLAHmasukkn kite bersame2 org yg beriman>>>

Leave a reply to fatin Cancel reply