SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum semua…..

  First nak ucap selamat hari raya pada semua muslimin n’ muslimat seluruh alam amnya. Semoga Allah swt terima segala amal ibadah kita pada Ramadhan yang lalu. Dikesempatan ini saya nak mohon maaf pada semua sekiranya ada salah dan silap samada perbuatan mahupun perkataan. Sebulan dah tak update blog ni..maklumlah puasa, letihhh..hehe….

    Jadi syukur pada Allah swt Rab yang memelihara, yang mengatur setiap pergerakan diantara tujuh petala langit dan bumi, yang memberi rezeki, yang menghidup dan mematikan dan yang telah memberi peluang kepada kita untuk berpuasa pada tahun ini. Habis lah sudah Ramadhan datang lah pula Syawal iaitu hari kemenangan. Semoga Allah swt memberi kita semua peluang untuk menyambut Ramadhan lagi pada tahun depan..Aminn…

“Pada tiap hari bulan Ramadan ALLAH swt memerdekakan sejuta ahli neraka yang semuanya layak disiksa dan bila pada hari atau malam Jumaat pada tiap jam dimerdekakan sejuta orang dari api neraka, bila akhir hari Ramadan ALLAH memerdekakan pada hari itu sebanyak orang yang dimerdekakan dari hari pertama hingga akhir Ramadan.
Dan pada malam Lailatul Qadar ALLAH menyuruh Malaikat Jibril dengan rombongan Malaikat turun ke bumi dengan membawa panji hijau yang diletakkan di atas Ka’abah dan ia mempunyai enam ratus sayap, diantaranya dua sayap yang tidak dihampar kecuali pada malam Lailatul Qadar, maka dihampar sehingga meliputi hujung timur hingga hujung barat. Lalu Malaikat Jibril mengutus Malaikat pergi kepada umat Muhammad s.a.w. untuk memberi salam pada tiap orang yang sedang berdiri atau duduk, sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkan doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila telah terbit fajar maka Jibril menyeru :
Hai para Malaikat segeralah kembali, kembali, lalu Malaikat bertanya :
Bagaimana mengenai hajat kaum Mukminin dari umat Muhammad s.a.w.? Jawab Jibril; ALLAH melihat mereka dengan pandangan rahmat lalu memaafkan mereka,kecuali dari empat macam :
1. Pemabuk (peminum arak)

2. Pendurhaka terhadap kedua ayah ibunya.

3. Memutuskan hubungan keluarga; dan Orang yang memboikot,
tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari.”

Maksud hadis riwayat Ibnu Abbas r.a.
Petikan : Tanbihul Ghaffilin

“Wahai Allah terimalah segala amal ibadah kami”.

~ by mu2akk1r on September 24, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: