TANDA-TANDA KIAMAT KECIL

tungurahua_taschler_big

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari )

2) Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” ( Sahih Muslim )

3) Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan
muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?”Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” (Ibnu Majah)

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan
dalam mendirikan masjid” ( Riwayat Nasai)

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.”Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” (Riwayat Ahmad dan Hakim )

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baikdan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran (Riwayat Ahmad)

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (Riwayat Thabrani)

8 ) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia
tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” ( Riwayat Ahmad )

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10) Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit.” ( Riwayat Thabrani)

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” ( Sahih Muslim)

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan
disembunyikan kesaksian yang benar” (Riwayat Ahmad)

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput dan sungai-sungai.” ( Sahih Muslim)

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada Baginda Muhammad saw. Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah swt.

~ by mu2akk1r on August 23, 2009.

5 Responses to “TANDA-TANDA KIAMAT KECIL”

  1. Ya Allah sesungguhnya ku tak layak ke Syurga Mu, namun ku tak sanggup ke Nerakamu…Ampunilah dosa-dosaku…

  2. SEKARANG DAH ADA PADANG RUMPUT DI ARAB PUN

    • Betul tu….skrg ni kita semua tgh tunggu masa je untuk tanda-tanda yang besar…Semoga Allah swt selamatkan kita semua….

  3. memang betul.bak patah-pepatah..sembahyang lah kamu sebelum kamu di sembahyangkan??dengan melihat alam sekitar sudah macam2 yang berlaku hanya tinggal menunggu bila tiba masanya saja??semoga Allah melindungi umatnya di dunia dan akhirat kelak???

  4. ya Allah setelah membaca tanda-tanda kiamat n melihat kebenarannya aku betul2 menyesal sampai alpa melakukan suruan Allah sendiri???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: