KELEBIHAN RAMADHAN

  1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
  2. Bulan penuh keberatan
  3. Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar.
  4. Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
  5. Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya.
  6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
  7. Bulan menambah rezeki.
  8. Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
  9. Bulan keampunan – doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
  10. 10 hari pertama adalah rahmat,
  11. 10 hari pertengahan – pengampunan daripada Allah
  12. 10 hari terakhir – kemerdekaan dari api neraka.

Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan

  1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin.
  2. Menempah pakaian untuk Ramadhan.
  3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
  4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
  5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat).
  6. Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
  7. Solat berjemaah setiap waktu
  8. Solat jemaah di masjid/surau.
  9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
  10. Sahur diwaktu akhir
  11. Sahur – untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
  12. Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak .
  13. Kurangkan tidur.
  14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh).
  15. Tunaikan Solat Dhuha.
  16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor).
  17. Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
  18. Jaga pacaindera .
  19. Elakkan gosok gigi pd waktu petang.
  20. Hadiri majlis ilmu / tazkirah.
  21. Buat baik pada ibubapa.
  22. Isteri hendaklah taat pada suami.
  23. Banyakkan bersedekah
  24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
  25. Berbuka bersama org tua
  26. Jemput tetamu berbuka
  27. Kurangkan berat badan – diet
  28. Banyakkan i ‘ tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  29. Baiki hubungan suami isteri & keluarga.
  30. Baiki hubungan jiran
  31. Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
  32. Elakkan belanja berlebihan.
  33. Kuatkan kesabaran
  34. Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
  35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  36. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
  37. Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
  38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
  39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu
  40. Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
  41. Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
  42. Melazimkan solat pada awal waktu
  43. Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
  44. Elakkan banyak berhutang
  45. Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
  46. Tunaikan zakat fitrah

Semoga Allah swt bagi taufiq dan Hidayah agar kita dapat amal dan sampaikan..Amin…

~ by mu2akk1r on August 12, 2009.

One Response to “KELEBIHAN RAMADHAN”

  1. Banyaknya ganjaran yang Allah swt nak bagi pada bulan Ramadhan ni..meh la kita sama-sama rebut peluang ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: