FADHILAT RAMADHAN

Ibnu Abbas r.anhu berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda : ” Sesungguhnya Syurga itu diharumkan dan dhias-hias setiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan, maka apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah ‘Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka berhenti di anjung Syurga. Mereka menyeru ” Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah swt mengahwinkannya dengan kami?” Kemudian mereka berkata lagi, ” Wahai Ridhwan penjaga Syurga, malam apakah ini?” Beliau akan menjawab kepada mereka dengan berkata ” Ya ! Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad saw.” Nabi saw bersabda lagi, ” Allah swt akan berfirman,” Wahai Ridhwan! Bukakanlah pintu-pintu Syurga dan wahai Malik ( penjaga Neraka ) tutuplah pintu-pintu Neraka bagi mereka yang berpuasa daripada kalangan umat Muhammad saw. Wahai Jibrail! turunlah ke bumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka kedalam laut supaya mereka tidak dapat merosakkan puasa umat Muhammad kekasihKu”.

Baginda saw bersabda lagi,” Allah swt akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadhan supaya dia menyeru 3 kali,”Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya? Adakah sesiapa ingin memohon keampunan supaya Aku mengampuninya? Siapakah yang sanggup memberi hutamg kepada yang Maha Kaya yang tidak pernah miskin, yang akan membayar hutangnya sepenuh-penuhnya tanpa sebarang kekurangan .”

Pada setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan Allah swt akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk memasuki Neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah swt akan membebaskan pada hari itu sebanyak bilangan manusia yang Dia telah bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan itu.

Apabila tiba malam Lailatul Qadar, Allah swt akan memerintahkan Jibrail a.s untuk turun bersama satu kumpulan besar Malaikat. Bersama-sama mereka terdapat bendera hijau. Beliau akan memacakkan bendera itu di atas ka’abah. Jibrail a.s mempunyai seratus sayap, dua daripada sayap tersebut tidak pernah dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu beliau membuka kedua-dua sayapnya hingga menutupi timur dan barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail akan mengutus Malaikat untuk pergi kepada umat Muhammad untuk memberi salam pada tiap orang yang sedang berdiri atau duduk, sembahyang atau berzikir dan menjabat tangan mereka serta mengaminkan dia mereka sehingga terbit fajar. Apabila telah terbit fajar maka Jibrail berseru ” Hai para Malaikat segera kembali, kembali lalu Malaikat bertanya. Bagaimana mengenai hajat kaum mukminin dari umat  Muhammad saw ? Jawab Jibrail ” Allah swt telah memerhatikan mereka dan telah mengampunkan mereka semua kecuali empat jenis manusia.

  1. Pemabuk
  2. Penderhaka kepada kedua Ibu Bapa
  3. Memutus Silaturrahim
  4. Musyahin ( Berhasad dengki dan memutus hubungan )

Apabila tiba malam ‘Eidul Fitri maka malam itu disebut Lailatul Jaizah ( malam pengurniaan hadiah ), maka pada pagi harinya diutus malaikat berdiri di persimpangan jalan sambil berseru dengan suara yang lantang dapat didengar oleh segala sesuatu kecuali Jin dan Manusia. ” Hai umat Muhammad ! Keluarlah kamu kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan yang mengampunkan dosa-dosa besar, maka bila mereka telah keluar ke tempat sembahyang hari raya Allah swt berfirman kepada malaikat : ” Hai MalaikatKu, apakah upah bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya? Jawab Malaikat : Ya Tuhan, upahnya supaya disempurnakan ganjarannya. Maka firman Allah swt : ” Aku persaksikan kepadamu wahai MalaikatKu bahawa Aku jadikan keredhaan dan keampunan Ku sebagai pahala puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka. Allah berfirman: ” Mintalah wahai hamba Ku, maka demi kemulian dan kebesaran Ku tiadalah kamu minta urusan dunia atau agama melainkan Aku berikan kepadamu. ( Petikan Kitab Tanbihul Ghafilin )

~ by mu2akk1r on August 11, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: