6 PEKARA

Sesungguhnya hari ini kejayaan seluruh manusia bukan pada harta, pangkat darjat dan lain2.  Allah swt telah meletakkan kejayaan seluruh manusia hanya dalam mentaati perintah dan meninggalkan segala laranganNya.

Hari ini semua manusia bertindak mengikut keyakinannya. Sekiranya pada hari ini kita yakin dengan harta beri kejayaan, maka kita akan bertungkus lumus untuk mencari harta siang dan malam. Begitu juga sekiranya kita yakin dengan pangkat darjat akan memberi kejayaan, maka kita akan usaha untuk  pekara tersebut.

Sesungguhnya kejayaan yang hakiki hanyalah terletak dalam agama. Sejauh mana kita dapat mentaati semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya maka itulah kejayaan. Pekara ini telah dibuktikan oleh  Sahabat Nabi saw yang mana ketika di dunia lagi Allah swt telah menjamin kejayaan dan keselamatan kepada mereka. Ketika di dunia lagi mereka telah mendapat jaminan syurga yang kekal selama-lamanya.

Untuk mencapai kejayaan kita mesti mengikuti orang-orang yang sudah berjaya. Contohnya jika kita ingin dapat kejayaan dalam bidang kedoktoran maka kita akan ikut contoh doktor2 yang telah berjaya. Begitu juga dalam pekara agama untuk kita dapat kejayaan kita kena ikut orang2 yang telah berjaya.

Siapakah orang yang telah berjaya ? Mereka adalah Sahabat2 Nabi saw yang ketika di dunia lagi telah mendapat keredhoan Allah swt. Apakah ciri2 yang telah membuatkan Allah swt redho kepada mereka ? Dalam diri atau kehidupan Sahabat Nabi saw ada 6 sifat2 unggul yang mana sekiranya kita dapat amalkan dalam kehidupan kita insyaAllah mudah untuk kita amalkan keseluruhan agama.

1. Yakin yang sempurna pada Allah dan Rasul ( Kalimah Syahadah )

  • maksudnya : Yakin sesungguhnya selain daripada Allah swt adalah makhluk yang tak memberi manafa’at dan mudharat, selain daripada Allah tak dapat memberi rezeki, selain daripada Allah swt tak dapat memelihara dan mengatur keadaan. Yakin apa sahaja yang berlaku dan akan berlaku hanya dengan izin dan kehendak Allah swt.
  • Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang dapat mengucapkan kalimah La ilaha Illallah diakhir kalam maka wajib syurga baginya”.
  • Dengan iman yang sebesar zarrah, Allah swt akan kurniakan syurga yang besarnya 10x ganda dunia.
  • Untuk usaha atas iman yakin ni kita kena usaha cakap hari2 tentang kebesaran Allah dengan keluarga, anak2, kawan2, jiran2 kita dan semua orang. Kita kena sentiasa fikir tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Kita juga kena dengar tentang pekara2 yang menceritakan kebesaran Allah swt dan akhir sekali kita kena tengok tentang kejadian dan ciptaan Allah swt. Kita juga kena doa pada Allah swt agar memasukkan keyakinan yang sempurna dalam hati kita.
  • Yakin hanya dengan mengikuti sunnah Nabi saw akan memberi kita kejayaan manakala selain dari sunnah Nabi saw akan memberi kegagalan.
  • Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang menghidupkan sunnahKu di zaman kerosakan  ummat ( fahsa dan munkar ),  maka baginya ganjaran 100 pahala mati syahid “.
  • Untuk usaha atasa yakin ni kita kena amalkan semua sunnah Nabi saw yang zahir dan batin. Fikir Nabi saw bagaimana semua manusia dapat selamat dari azab Allah swt dan masuk ke dalam syurga Allah swt. Kita kena ada fikir yang sama seperti Nabi saw. Kita kena doa pada Allah semoga Allah swt memasukkan hakikat sunnah dalam kehidupan kita.

2. Solat khusyuk dan Khudu’

  • Maksudnya : Bagaimana hari ini kita kena usaha supaya segala perbuatan kita dalam solat dapat kita bawa keluar solat. Contohnya dalam solat kita dapat mengingati Allah, tutup aurat, menundukkan pandangan dan sebagainya begitulah juga kita kena amal di luar solat. Bagaimana hari ni dengan perantaraan solat dapat selesaikan segala masalah dunia dan akhirat kita sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw dan sahabat2Nya.
  • Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang solat selama 40 hari kerana Allah swt tanpa ketinggalan takbiratul ula ( berjemaah ) bersama imam, maka Allah swt akan bagi dua kelepasan, kelepasan dari azab neraka dan kelepasan dari sifat munafik.
  • Cara untuk mendapatkan solat khusyuk dan khudu’ : – kena solat seperti Nabi saw iaitu solat berjemaah di mana azan di kumandangkan. Perbanyakkan solat2 sunat. Latih diri supaya mendirikan solat 2 rakaat apabila ditimpa ujian atau berhajat sesuatu pekara. Doa pada Allah semoga dikurniakan solat khusyuk dan khudu’

3. Ilmu dan zikir

  • Ilmu maksudnya mengetahui setiap perintah Allah swt setiap masa dan keadaan mengikut cara Nabi saw.
  • Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang berpindah untuk mempelajari suatu ilmu iaitu ilmu syar’ie, nescaya diampunkan dosanya sebelum ia melangkah berangkat daripada tempatnya.
  • Ilmu terbahagi kepada 2 bahagian yang besar, Ilmu masail yang mana perlu rujuk kepada para guru2 yang murshid tentang pekara yang membabitkan hukum ahkam, fiqh dan sebagainya.  Keduanya pula Ilmu Fadhail yang mana akan menguatkan keyakinan kita pada janji2 Allah dan rasul.  Ilmu fadhail kita akan dapat melalui mendengar hadis2 Nabi saw tentang kelebihan2 amal. Ada banyak kitab2 yang menceritakan tentang kelebihan2 amal iaitu Kitab Fadhail Amal, Kitab Riyadhusolihin dan macam2 lagi. Sangat penting untuk diwujudkan di rumah2 dan masjid2 kita, supaya timbul ghairah untuk kita beramal.
  • Zikir maksudnya, mengingati Allah swt setiap masa dan keadaan.
  • Hadis Nabi saw : ” Sebaik-baik darjat hamba yang beribadat di sisi Allah swt pada hari kiamat nanti ialah orang2 yang banyak berzikir kepada Allah swt iaitu lelaki dan wanita.”
  • Untuk dapat hakikat zikir, kita kena banyakkan doa2 masnun iaitu doa harian ( doa makan, tidur dan sebagainya ) supaya hati sentiasa mengingati Allah pada setiap masa. Latih diri supaya dapat luangkan masa untuk memuji Allah swt semata-mata,  terutama pada waktu pagi  (lepas Subuh ) dan petang ( selepas Asar ) boleh la amalkan tasbihat 100x, selawat 100x dan istighfar 100x dan apa-apa zikir setiap pagi dan petang.
  • Kita kena doa pada Allah semoga Allah swt beri hakikat ilmu dan zikir pada kita.

4. Ikramul Muslimin

  • Maksudnya, menunaikan hak tanpa meminta balasan.
  • Hadis Nabi saw : ” Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak kasih pada saudaranya ( org islam ) sepertimana dia kasih pada dirinya sendiri.”
  • Untuk dapat perkara ni kita kena sentiasa memuliakan orang2 Alim, hormat kepada orang yang lebih tua dari kita dan mengasihi orang yang lebih muda dari kita khasnya kanak2.
  • Ikram yang paling rendah jangan menyusahkan orang lain dan sentiasa pandang kebaikan.

5. Ikhlas Niat

  • Maksudnya, buat sesuatu perkara dan tinggalkan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah swt.
  • Hadis Nabi saw : ” Berbahagialah orang2 yang ikhlas. Mereka adalah pelita di dalam gelap dan kerana mereka terpadam fitnah-fitnah yang besar.”
  • Untuk dapat perkara ikhlas ni kita kena buat amal dengan istiqomah walaupun sedikit. Sentiasa perbetulkan niat kita sebelum dan selepas kita melakukan sesuatu.  Mohon ampun pada Allah sekiranya niat kita salah. Doa pada Allah swt semoga Allah swt bagi sifat keikhlasan dalam diri kita.

6. Dakwah dan tabligh

  • Maksudnya, hendaklah meyakini harta, diri dan masa hanyalah milik Allah swt.
  • Firman Allah swt : ” Sesungguhnya Allah swt telah beli harta dan diri orang mukmin dengan syurga…..
  • Hadis Nabi saw : ” Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah swt, lebih baik dari dunia dan segala isinya.
  • Untuk usaha atas perkara ni kita kena luangkan masa kita untuk keluar di jalan Allah swt 4 Bulan, 40 hari dan 3 hari setiap bulan demi untuk pelihara iman dan agama kita..

Marilah kita sama-sama usaha untuk memasukkan 6 perkara dalam diri kita. Sesungguhnya agama tidak tersebar melalui tulisan, ceramah yang hebat2 dan sebagainya. Agama telah tersebar melalui pengorbanan harta bahkan nyawa orang-orang yang terdahulu. Melalui pengorbanan inilah akan datang kecintaan  untuk amalkan agama dalam kehidupan kita. Hari ni kita tanya apakah pengorbanan yang telah kita buat untuk agama. Kalau setakat kita tulis kat blog2 ni tak da apa la.. tak letih pun..peluh pun tak keluar..Hari ni kita kena bangun untuk buat pengorbanan seperti  Sahabat2 yang mana mereka telah bertebaran seluruh alam untuk sebarkan agama.  Sekiranya tak mampu seperti mereka sekurang-kurangnya kita buat usaha di tempat kita dengan jumpa rumah ke rumah, lorong ke lorong ingat mengingati antara satu sama lain dan hanya dengan perantaraan kita buat usaha Allah swt akan mencampakkan kemanisan dalam beragama… Allahu AKBAR!!!!!  Allahu AKBAR!!!!!   Allahu AKBAR!!!!!……….

~ by mu2akk1r on June 30, 2009.

7 Responses to “6 PEKARA”

  1. Semoga kita sama-sama dapat amal dan sampaikan pada orang lain…

  2. InsyaAllah pada 9 – 12 Julai 2009 hmm…lagi 2 minggu lebih kurang, akan diadakan satu perhimpunan khas untuk semua orang islam (lelaki je ..sebab memang takde orang pompuan ) di Masjid Kuarters KLIA Sepang….sape yang x tau jalannya email kat saya nanti saya emailkan mapnya..ala senang je jalan nak ke LCCT nanti ada sign board punya..Perhimpunan ni dah lama xde dah 20 Thn lebih ..ini la peluang Allah bagi pada kita untuk kita sama-sana fikir atas agama..harap kita semua dapat menghadiri ijtima’ tersebut nanti insyaAllah….

  3. hmm..x pe la x de tuk pmpuan..huhu..kitorg bt prhimpunan kt bilik je la nmpak gayenyer..

  4. nak mintak kebenaran..leh cilok x artikel nih?

    • hmm..nak cilok xboleh tapi kalau nak copy boleh..hehe…nanti masa ijtima’ tu orang pompuan nak gi tengok boleh la..tapi nak duduk dalam majlis mustahil kot..sbb kat sana semua org laki…boleh la tengok suasana mcm kat padang arafah je rasanya.. ramainya umat berkumpul kat sana nanti..macam2 orang ada..masa saya pegi ijtima’ di Bangkok tahun lepas masyaAllah lautan manusia lebih kurang 500,00 org islam berkumpul kat sana..Ya Allah seronoknya dapat tengok orang islam satu hati…..

  5. bangkok? huhu..nk terbengkok tengkuk rsenyer mndengar…huhu..
    jauh tuh…ala..asyik copy je..jemu la.. bt la teh ke..coklat malt ke..uuuu…sodapnyo…

  6. yuiyoo..beh oOO…nanti bagitau kat member2 yang laki2 suruh diorang pegi..rugi kalau tak pegi..kalau fatin rasa nak pegi pun boleh la ajak member2..kalau pegi sorang nanti malu plak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: