HIKAYAT BARSHISHA

       Barshisha  telah beribadat kepada Allah swt sehingga Malaikat berasa takjub dengan ibadatnya. Menurut cerita dia mempunyai 60 orang murid yang boleh berjalan diudara dengan berkatnya. Allah swt telah berfirman kepada Malaikat ” Kenapa kamu berasa takjub dengan ibadatnya, sedangkan Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya. Pada ilmuKu ia menjadi kafir dan akan masuk neraka selama-lamanya. 

     Pada ketika itu Iblis mendengar dan tahu bahawa Barshisha telah binasa di tangannya. Iblis telah datang ke temmpat Barshisha beribadat dengan menyamar sebagai seorang Abid ( ahli ibadah )  dan memanggillnya. Barshisa : “Siapa engkau ? Dan apa tujuanmu datang kesini ?” Iblis berkata : ” Aku seorang Abid yang datang untuk menolongmu beribadat kepada Allah swt. Aku berbuat ibadat selama 3 hari berturut-turut tanpa tidur, tanpa makan dan minum.”  Barshisha berasa pelik dan berkata : ” Aku beribadat selama dua ratus dua puluh tahun tanpa berdaya untuk meninggalkan tidur, makan dan minum. Apakah caranya supaya aku dapat bebuat seperti engkau?” Lalu iblis menjawab:” lakukanlah maksiat kepada Allah swt kemudian engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pengampun sehinggalah engkau menikmati kemanisan melakukan ketaatan .” Barshisha bertanya :” Apakah maksiat yang engkau cadangkan supaya aku lakukan ?’ Iblis menjawab :” Berzina atau membunuh orang.” Barshisha berkata  :” Aku tidak sanggup melakukannya.” iblis berkata : ” Engkau minum arak supaya lebih mudah untuk melakukannya. 

      Pada ketika itu Barshisha ternampak seorang wanita cantik sedang menjual arak lantas terus membelinya. DIa terus meminum arak tadi sehingga mabuk dan melakukan zina dengan wanita itu dan kemudian membunuhnya. Suami wanita itu datang untuk membunuhnya, tetapi Iblis menjelma dalam bentuk manusia dan membawa Barshisha meghadap sultan yang kemudiannya menjatuhkan hukuman sebat 80 kali kerana meminum arak, 100 kalli sebat kerana berzina dan dihukum sula di atas kayu kerana membunuh. Datanglah Iblis kepada Barshisha menanyakan tentang nasib malangnya. Barshisha menjawab ” inilah akibat yang menimpa mengikut teman yang jahat.” iblis telah berkata kepada Barshisha ” Aku telah membelamu selama 220 tahun hingga engkau akhirnya disula , dan sekiranya aku mahu aku boleh membebaskan engkau.” Barshisha menjawab : ” Ya, aku mahu dibebaskan dan aku akan beri apa yang engkau mahukan.” Iblis berkata :” Engkau sujud kepadaku. Barshisha menjawab :” Bagaimana aku hendak sujud sedangkan aku disula di palang kayu ?” Iblis berkata : ” Sujud dengan memberi isyarat. Maka barshisha pun sujud dengan isyarat kepalanya. Dengan itu Barshisha pun telah menjadi kafir. Wal’iyadzubillah……setelah menajdi kafir Iblis berkata kepadanya ” Sekarang aku berlepas tangan darimu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah swt Rabbul ‘Alamin.

Sebab-sebab kematian yang buruk.

Diriwayatkan bahawa sesetengah ulama’ mengatakan bahawa  4 sebab kematian yang buruk :

  1. Mempermudah dan meringan-ringankan solat.
  2. Minum arak
  3. Menderhaka kepada kedua ibu bapa.
  4. Menyakiti orang muslim.

 

Kesimpulan

    Walau sebanyak mana amalan yang kita lakukan, kita tidak akan terlepas dari gangguan dan godaan syaitan. Syaitan berusaha 24jam untuk menyesatkan manusia dengan berbagai-bagai bentuk dan cara. Jadi kita kena sentiasa buat usaha atas iman supaya Allah swt pelihara kita..

Hadith Nabi saw ” Barangsiapa yang akhir kalamnya dapat mengucapkan kalimah la ilaha illallah maka wajib syurga baginya..sama-samalah kita usaha..Insyallah..

~ by mu2akk1r on June 25, 2009.

One Response to “HIKAYAT BARSHISHA”

  1. Tak semua orang yang nampak baik itu nampak baik..dan tak semestinya orang yang kita nampak jahat itu jahat…hanya Allah swt yang mengetahuinya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: