KENALI ANDA NO. BERAPA

Subject: mari tgk anda num brape?? 
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.1
 
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam
Mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.9

no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin,
terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati,
peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua
keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak
pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan
bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia
yang matang. Anda tidak suka akan orang yang
bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam
dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang
kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional
dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang
yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai
keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana
anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan.
Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang
berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat
perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar
diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan
keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri
tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni
dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui
perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua
kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang
bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah
no.2, 5, 9.

 no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri
sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan
kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda
dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai
bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi
anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir
anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga
seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda.
Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda
suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan
berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada
anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke
dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
 
no.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda
akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata
anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang
lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan
membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi
masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati
dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan
mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa
dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda
apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau
bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
 
no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh
menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda
mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun
anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di
kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli
keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka
memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam
hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda
mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.
Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal
anda adalah no.1 , 2, 9.
 
no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda
tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam
hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan
pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi
hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai
paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik
akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli
keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda
adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan
mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah
 no.1, 3, 9.

no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda
adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan
seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan
nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran.
Namun demikian, anda banyak melakukan
pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat
tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian
diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan
kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang
yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada
orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding
jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan
dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih
kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan
masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan.
Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan
berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak
kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah
no.1, 4.
 
no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan
juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam.
Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam
komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan
berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda
anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila
usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak
yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan
kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan
yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang
lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

 

Anda nombor berapa..?Jgn la percaya pulak..yakin hanya pada Allah swt..
Sekadar untuk pengisian blog ni je…selamat membaca..

~ by mu2akk1r on June 15, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: