KISAH KAMBING DAN SINGA

Al kisah maka tersebutlah kisah seekor anak singa (baru je lahir) sian dia terpisah dari keluarga singa yang lain. Bila dah boleh berjalan, maka anak singa itu pun berjalanlah sehingga ia sampai ke pinggir hutan. Di sana terdapat sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing. Ketua kambing telah mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing di atas dasar keperibinatangan.
Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama berlalu, anak singa telah meningkat remaja. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.
Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah, ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamana la nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka. Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing, malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.
Pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang itu, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.
Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga. Jadi anak singa tadi dilatih oleh ketua singa supaya jadi seperti singa-singa yang lain. Anak singa dilatik untuk menggunakan kuku, dilatih mengaum ( AAUUMMM ) sampai la pandai.
Jadi setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing tu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut dan mengaum (aaUUUM) sekuat-kuatnya sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan… dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Semenjak itu baru la anak singa tadi sedar kehebatannya yang sebenar…heheh…

Kesimpulan
Kambing —> orang kafir
Singa ——> orang Islam
Hari ni orang Islam telah hilang kekuatan sebenar apabila telah meninggalkan kerja Nabi saw yakni mengajak manusia kepada Allah ( Da’awah Illallah ) Maka pada hari ini kita lihat kelemahan orang Islam dari segala sudut baik ekonomi mahupun kekuasaan. Hari ini orang Islam ditindas oleh orang yang bukan Islam.
Berbeza dengan para sahabat r.anhum, mereka digeruni oleh pihak musuh walaupun para sahabat tidak mempunyai kelengkapan yang canggih. Ini kerana dalam diri sahabat r.anhum hanya ada yakin pada kekuasaan dan kehebatan Allah swt kerana semagat mereka dalam menyebarkan agama Allah swt. Marilah kita sama-sama banggun untuk menyambung semula usaha Nabi saw, menyeru manusia kembali kepada Allah swt. Hanya dengan perantaraan kerja agama Allah swt akan menzahirkan kemenangan dan kekuatan pada orang Islam sepertimana yang pernah dikurniakan pada zaman Nabi saw dan sahabatnya.

~ by mu2akk1r on June 8, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: